Thursday 10 May 2012

Cipta detik 60-an PATNER

RADIKAL dan berani. Bebas dan androgini. Apabila digabungkan, semuanya bagaikan satu era lampau penuh warna yang sering dibawa semula ke dalam trend zaman ini.

Kegemilangan era 1960-an sentiasa disifatkan zaman bermulanya pelbagai ‘kegilaan’ serta fenomena dalam kalangan masyarakat dunia, justeru tidak hairan apabila rentak fesyen dan gaya wanita juga lelaki zaman itu sering diangkat sebagai tema di pentas peragaan dunia ketika ini.

Tahun 1960-an menyaksikan bermacam sejarah dunia direkodkan antaranya revolusi muzik yang diketengahkan kumpulan The Beatles, John F Kennedy dipilih selaku presiden termuda Amerika Syarikat (AS) dan penerbangan ke angkasa lepas oleh Yuri Gagarin.

Era itu juga diangkat sebagai zaman revolusi besar-besaran bagi dunia fesyen dan kecantikan terutama selepas dilanda gelombang gaya mod ‘Swinging London’ yang ketika itu popular dengan skirt mininya, seluar kaki genta yang asalnya diperkenalkan golongan hipi, stail anggun gaun ikonik Chanel merah jambu seperti digayakan Jacqueline Kennedy (Wanita Pertama AS ketika itu), rambut didandan kembang ala aktres Brigitte Bardot serta olesan warna neon pada wajah ibarat penampilan ahli kumpulan The Supremes.


Nyata, era 60-an memainkan peranan besar dalam mencorakkan trend fesyen serta kecantikan zaman ini dan bagi Mac Cosmetics (Mac), era itu memperlihatkan golongan wanita yang mula bangkit mencipta nama.


“Wanita zaman itu berusaha keluar daripada pandangan skeptikal bahawa mereka hanya layak berada di rumah dan bukannya bekerja bagi membantu meringankan perbelanjaan keluarga.

“Walaupun ramai wanita zaman itu mula bebas dan berani mengharungi dunia pekerjaan lelaki, yang pastinya mereka masih mengekalkan gaya feminin serta mementingkan penampilan diri.

“Mereka sama sekali tidak akan melakukan kerja rumah tanpa cantik berdandan dan bersolek sambil ceria menggayakan gaun pelbagai rona terang.

“Mereka mahu kelihatan cantik setiap masa, tidak kira ketika menyediakan hidangan di dapur atau membeli keperluan rumah di kedai.

“Mereka juga sama sekali bukan wanita jenis Stepford Wives yang tunduk patuh pada stigma masyarakat, tapi lebih kepada Desperate Housewives di era 60-an yang kental, tegas serta berani menyatakan apa yang mereka inginkan,” ujar Jurusolek Kanan Mac Cosmetics Malaysia, Haritha Shan.

Faktor itulah membuatkan Mac cuba mencipta semula detik kegemilangan era itu menerusi koleksi Shop Mac Cook Mac yang menampilkan rona popular 60-an seperti merah jambu, kuning, hijau dan biru elektrik.

Tambah Haritha, koleksi ini terarah kepada trend Neo-n, iaitu salah satu daripada empat trend warna utama bagi musim bunga dan panas 2012.

“Ia trend dinamik yang mana warna yang dioles pada hampir keseluruhan wajah lebih terperinci dan menarik berbanding melakar rona garang pada satu bahagian tumpuan,” jelasnya.

Antara yang menarik dalam koleksi ini ialah Tendertone, yang diangkat Mac sebagai pelembap bibir generasi baru. Ia menggabungkan hasil kilauan pengilat bibir bersama manfaat lembapan salap yang dilengkapi perlindungan SPF12.

Hadir dalam empat pilihan, Tendertone Hot ‘n’ Saucy memberikan hasil bibir mungil sementara Tendertone Purring menonjolkan warna tangerin bersama kemilau mutiara.

Tendertone Hush Hush pula menyerlahkan bibir dengan kesan emas lembut yang diadun bersama mutiara emas kuning. Untuk suntikan segar, Tendertone Tread Gently pasti memukau dengan rona kuning mutiara.


Free Automatic Backlink















Free Backlink Services

sukandotmy.blogspot.com - Rankse.com

Malaysia Free Backlink Services




ping fast  my blog, website, or RSS feed for Free


Sitetag


sitonomy

Add URL Suggest Link


Web Link Exchange - Linkcsere

manianews's Profile on Ping.sg 

Free Automatic Link

--------
Text Back Links Exchange

Web Link Exchange

Text Backlink Exchanges

auto backlink

Florists Links



bedava - Free Backlink  - www.linkdevi.com





bedava - Free Backlink  - www.v8link.com





Linkon Bedava - Free Backlink



Unlimited Backlink Exchange

Free Automatic Link

La Bonne Semence


backlink


Free Automatic Link

Unlimited Backlink Exchange

Free Automatic Link

Free Automatic Link **/

No comments: