Thursday 10 May 2012

Identiti baru wangian

SEBUT saja mengenai wangian, ramai yang mengimpikan bentuk bauan yang unik sebagai ‘aksesori’ tambahan bagi memastikan badan sentiasa segar untuk tampil yakin sepanjang hari.

Siapa yang mahu ditegur memiliki bau badan yang agak kuat walaupun sesudah mandi kerana ia boleh menjatuhkan keyakinan diri terutama apabila berada di tempat yang sesak.

Justeru, bagi memenuhi kehendak dan keinginan pengguna terutama wanita dalam mendapatkan wangian diingini jenama wangian terkemuka, Enchanteur memperkenalkan identiti terbaru bagi rangkaian wangian yang dikeluarkan.

Rangkaian wangian terbaru ini direka bagi memenuhi cita rasa dan kehendak pengguna dengan mengetengahkan gaya bauan romantik dan bunga-bungaan Perancis yang elegan.


Ia adalah satu bentuk era baru bagi jenama wangian berkenaan dalam memastikan wajah baru yang diserlahkan itu mampu memperlihatkan impian wanita untuk sentiasa tampil segar dan wangi dengan cara tersendiri.


Dengan pek botol wangian EDT yang direka seperti bentuk air mata, ia memberikan cita rasa terkini untuk wanita.

Malah, sebagai tanda untuk bau wangian bunga-bungaan yang ditonjolkan penutup botol terbabit turut dibentuk seperti kelopak bunga yang melambangkan perasaan cinta yang berkembang.

Selain itu, losen tangan dan badan jenama berkenaan turut diperbaharui dengan formulasi French belle femme yang lebih sofistikated dan turut dipek dalam bentuk baru dengan penggunaan botol membentuk susuk badan wanita muda.

Menurut Pengarah Urusan Pemasaran Wipro Unza (Malaysia) Sdn Bhd, Christina Yong, penjenamaan semula ini hadir selepas tiga tahun berusaha untuk mengenal pasti kehendak dan keinginan pengguna tempatan bagi mendapatkan satu bentuk wangian yang mampu memikat hati.

“Hasil yang diperoleh adalah bentuk pek yang ditampilkan lebih berlainan serta boleh digunakan sepanjang masa tanpa memberikan kesan yang kurang enak.

“Saya yakin wangian ini mampu menjadi pilihan lebih ramai golongan muda kerana bahan yang digunakan untuk menghasilkannya juga lebih mewah dan menarik,” katanya.

Selain rangkaian produk Romantic, Charming, Alluring dan Enticing yang berada di pasaran sejak jenama ini mula diperkenalkan, kali ini jenama wangian berkenaan turut memperkenalkan siri terbaru yang dikeluarkannya iaitu Beautiful.

Wangian terkini berasaskan bauan bunga-bungaan itu memberikan kelainan kepada mereka yang menggemari bauan yang lebih manis untuk digunakan.

Ia boleh diperoleh pada harga RM24.90 untuk pek 50 mililiter EDT, RM15.50 untuk pek 400 mililiter dan juga RM10.50 untuk pek 250 mililiter bagi losen badan.

Selain itu, rangkaian produk ini turut merangkumi produk deodoran dan boleh diperoleh di semua kedai runcit, pasar raya besar dan juga farmasi seluruh negara.-Metro

No comments: