Thursday 10 May 2012

Perolehan Petronas Gas naik 2.6%

PETRONAS Gas Berhad mencatatkan perolehan sebanyak RM914.8 juta iaitu peningkatan 2.6 peratus pada suku pertama berakhir 31 Mac 2012.

Jumlah yang dicatatkan itu disumbangkan jualan utiliti yang lebih tinggi dan pendapatan daripada pengangkutan gas.


Keuntungan sebelum cukai meningkat 27.4 peratus kepada RM96.1 juta manakala keuntungan selepas cukai adalah sebanyak RM67 juta iaitu meningkat 25.1 peratus.

Pendapatan kumpulan dijangka kekal stabil hasil penstrukturan yuran tetap di bawah Perjanjian Perpindahan dan Pemprosesan Gas (GPTA) dengan pendapatan tambahan daripada struktur prestasi.

No comments: