SETIAP insan yang gigih serta ikhlas akan dihargai dan menerima imbuhan sewajarnya.
Ini reaksi saya terhadap penyerang negara, Safee Sali yang menyambung kontrak dengan Kelab Pelita Jaya di Liga Indonesia.
Dengan menandatangani kontrak baru, Safee sudah menjadi jutawan.
Ini berita yang membanggakan kerana saya mengenali Safee sebagai seorang pemain berkualiti selain sedia bekerja keras dan sentiasa merendah diri di luar padang. Pada 2006 sewaktu mengendalikan percubaan MyTeam, rancangan realiti televisyen di Kucing, Safee bersama penulis sepanjang hari.
Dia berbudi bahasa dan dahagakan pengetahuan sehingga pertemuan kami berlalu begitu pantas.
Bagaimanapun kita masih belum tahu nasib kelab yang diwakili Safee tetapi pencapaiannya menjadi inspirasi pemain tempatan lain.
Click Here
Kita harap ramai lagi pemain akan berani berhijrah ke negara jiran untuk mempamerkan kualiti bola sepak negara.
Kolum ini sedikit masa lalu pernah menyuarakan keperluan supaya bola sepak amatur tidak diketepikan.
Sementara itu, ada desas-desus mendakwa Liga FAM sudah ditunda dan ini mungkin situasi terbaik.
Cadangan saya supaya kita kembali ke format asal Piala FAM yang membabitkan kelab serta persatuan bola sepak daerah.
Format kalah mati seperti di zaman silam, saya percaya akan terus membangkitkan minat di seluruh negara.
Juara dan naib juara akan terus diberi tempat bersaing dalam Liga Perdana.
Kejohanan Piala FAM akan melibatkan banyak lagi pasukan yang secara tidak langsung akan membina struktur profesional selangkah demi selangkah serta kewangan yang perlu untuk menjadi pasukan semi-pro dan kemudiannya pasukan profesional.
Sudah hampir 11 tahun saya bertugas dan menetap di Yishun, Singapura dan kini secara kebetulan Stadium Yishun akan menjadi ‘home ground’ pasukan Harimau Muda A dalam Liga S.
Dalam erti kata lain, secara tidak langsung saya kini mempunyai ‘home team’ di Singapura!
No comments:
Post a Comment