SKUAD Liga Perdana Perlis kini berdepan dengan kemelut terbaru apabila lima pemain pasukan itu diberi amaran untuk meningkatkan prestasi masing-masing dalam tempoh dua bulan selepas didakwa tidak mencapai tahap ditetapkan.
Mereka bakal berdepan ditamatkan kontrak, malah masa depan bersama skuad Singa Utara juga akan berakhir bagi membolehkan senarai skuad distruktur semula menjelang April ini.
Timbalan Presiden Persatuan Bola Sepak Perlis (PFA), Azhar Ahmad ketika ditemui mengesahkan kedudukan lima pemain terbabit, bagaimanapun enggan mendedahkan identiti mereka yang terbabit.
No comments:
Post a Comment