SEPANG: Selepas isu pelumba muda terbunuh dalam kemalangan motosikal, bekas juara dunia, Jorge Lorenzo menggesa penganjur MotoGP untuk mengurangkan kelajuan jentera baru 1000cc bagi meningkatkan keselamatan.
Lorenzo berkata selepas menamatkan sesi ujian tiga hari dengan menunggang jentera baru yang lebih besar dan pantas di Litar Antarabangsa Sepang, lokasi sama pelumba Itali, Marco Simoncelli, maut Oktober lalu.
Juara dunia, Casey Stoner mengatasi rekod Valentino Rossi pada 2009 bagi motosikal 800cc, semalam, meskipun catatan masa itu tidak dianggap sebagai masa baru kerana ia bukan diraih menerusi perlumbaan sebenar.
“Kami kini berada di ambang era baru 1,000cc. Pelumba lebih menggemari motosikal kategori ini, begitu juga dengan penyokong dan kini ia menjadi lebih selamat dan mudah ditunggang,” kata pengarah perlumbaan FIM, Mike Webb. - AFP
No comments:
Post a Comment