Monday, 26 March 2012

FAM tidak sekat pegawai tegur prestasi skuad bola sepak

KUANTAN 26 Mac - Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) tidak menyekat mana-mana pihak terutamanya pegawai dan ahli majlisnya menegur prestasi pasukan skuad bola sepak asalkan ia pandangan yang membina.

Bagaimanapun, Timbalan Presiden FAM, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah berkata, adalah lebih baik teguran itu disampaikan dengan cara yang lebih berhemah, tanpa perlu isu itu disensasikan secara berlebihan.

"Semanis-manisnya kritikan dan pandangan itu lebih baik disampaikan dalam mesyuarat dan perbincangan terlebih dahulu perlu diadakan sebelum menyuarakan sebarang pandangan terhadap prestasi pasukan bola sepak kebangsaan.

"Segala teguran adalah sangat subjektif kerana kadang-kadang satu pihak kata sesuatu pandangan itu tak begitu membina dan satu pihak kata sebaliknya,” katanya kepada pemberita selepas majlis penyerahan zakat perniagaan terhadap Majlis Ugama Islam dan Adat Resam Melayu Pahang (MUIP) oleh beberapa badan korporat di Istana Abdul Aziz, di sini, hari ini. - BERNAMA

No comments: