GANDINGAN ratu terjun negara, Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee lebih bersedia beraksi di Siri Dunia, di Beijing, hari ini, selepas cemerlang pada saingan siri pertama minggu lalu.
Siri Dunia berlangsung 16 Mac-21 April ini diibarat medan utama buat Pandelela dan Mun Yee merapatkan jurang dengan seteru utama, China, sekiranya ingin merealisasikan impian negara meraih pingat emas pertama di Olimpik, Julai ini.
Membabitkan empat saingan, kejohanan itu membuka tirai di Dubai (16-17 Mac), Beijing (23-24 Mac), Moscow (13-14 April) sebelum berakhir di Tijuana, Mexico, (20-21 April). “Selepas cemerlang saingan pertama di Dubai, minggu lalu, kami optimis Lela dan Mun Yee berupaya melakukan lebih baik.
“Meskipun Lela dan Mun Yee masih gagal mencabar penerjun China di Dubai, kami harap mereka menghidangkan cabaran lebih sengit bagi baki dua kejohanan,” kata Setiausaha Kehormat Kesatuan Renang Amatur Malaysia (Asum), Edwin Chong.
No comments:
Post a Comment