Thursday 12 April 2012

Balotelli tak akan dihukum

LONDON: Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris semalam mengumumkan penyerang Manchester City, Mario Balotelli tidak akan menerima hukuman tambahan kerana melakukan kekasaran ke atas pemain tengah Arsenal, Alex Song minggu lalu.

Balotelli yang dijatuhkan hukuman penggantungan tiga perlawanan kerana menerima kad merah selepas mengasari Bacary Sagna dalam perlawanan sama mungkin turut dihukum kerana melakukan terjahan keras ke atas Song.


Namun disebabkan pengadil Martin Atkinson tidak menyaksikan insiden itu dan tidak mengambil sebarang tindakan pada perlawanan itu, FA tidak boleh membuat tindakan lanjut.

“Tidak ada sebarang tindakan diambil terhadap insiden yang membabitkan pemain Manchester City, Mario Balotelli dan Alex song dari Arsenal yang berlaku pada minit ke-20 dalam perlawanan Ahad lalu,” jelas FA.


“Penelitian semula kesalahan itu hanya boleh dilakukan dalam senario tapi tidak ada pegawai perlawanan yang menyaksikan insiden membabitkan kedua-dua pemain. Biasanya penelitian semula hanya akan diambil apabila insiden berlaku bukan dalam permainan.” - AFP

No comments: