Thursday 12 April 2012

(Video) Ivanovic didakwa tumbuk Maloney

LONDON: Pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic didakwa melakukan kesalahan dalam satu insiden ketika mereka menewaskan Wigan Athletic, minggu lalu.

Tayangan video mendapati Ivanovic cuba menumbuk pemain tengah Wigan, Shaun Maloney ketika pasukannya menang 2-1 di Stamford Bridge. Bagaimanapun insiden itu tidak disedari pegawai perlawanan ketika itu.


Ivanovic yang diberi tempoh hingga semalam untuk menjawab surat pertuduhan itu bakal berdepan penggantungan tiga perlawanan jika didapati bersalah sekali gus menyaksikannya terpaksa diketepikan pada separuh akhir Piala FA menentang Tottenham Hotspur hujung minggu ini.

“Pemain pertahanan Chelsea, Branislav Ivanovic hari ini (semalam) dituduh melakukan kekasaran oleh FA berikutan insiden yang berlaku dalam perlawanan menentang Wigan Athletic,” jelas satu kenyataan Persatuan Bola Sepak (FA) Inggeris.


“Ivanovic terbabit dalam insiden dengan pemain Wigan, Shaun Maloney yang tidak disedari pegawai perlawanan, namun insiden itu berjaya dirakam menerusi video ketika pasukannya menang 2-1 di Stamford Bridge pada Sabtu, 17 April 2012.” - AFP

No comments: