ASTON VILLA - Aston Villa mengumumkan ketua pasukannya, Stiliyan Petrov disahkan mengidap penyakit leukemia setelah diagnosis.
Paling mendukacitakan, pemain berusia 32 tahun itu telah mengumumkan yang dia akan bersara sepenuhnya daripada dunia bola sepak, semalam.
''Saya kehilangan tenaga pada separuh masa kedua (berdepan Arsenal) dan ia bukan sesuatu yang biasa saya rasai.
''Kepada pihak pengurusan dan penyokong Aston Villa, terima kasih atas sokongan, mulai sekarang ini, saya perlu berjuang untuk hidup," katanya.
Sementara itu, menurut kenyataan rasmi yang dikeluarkan kelab: ''Kami akan melihat situasi terdekat Stiliyan dan berharap dia serta keluarga akan mendapat sokongan daripada orang ramai.
''Stiliyan mendapat sokongan daripada ramai pihak dan dia akan mendapat segala apa yang diperlukan daripada kami di Villa dan berharap dia akan sembuh serta bangkit daripada penyakit yang dihidapinya sekarang," menurut kenyataan rasmi kelab itu.
Dia memegang tanggungjawab selaku ketua pasukan pada tahun 2006 ketika dibimbing Martin O'Neill, yang sebelum itu turut bersama Petrov di Celtic.
Dia terus memikul watak penting itu selepas pemergian O'Neill dan penggantinya, Gerard Houllier dan bos Villa pada masa kini, McLeish.
Pada tahun 2008-09, dia dinamakan pemain terbaik di Villa Park dan kekal antara pemain utama dalam skuad kebangsaan Bulgaria, mempunyai lebih 100 cap setelah 14 tahun mewakili negaranya. - AFP
No comments:
Post a Comment