Thursday, 12 April 2012

Petra ketuai Republik Czech tentang Itali

PRAGUE: Juara Wimbledon dan pemain nombor tiga dunia, Petra Kvitova akan mengetuai cabaran skuad Republik Czech pada separuh akhir Piala Fed menentang Itali di Ostrava, 21-22 April ini.

Kapten pasukan, Petr Pala turut membariskan pemain di ranking ke-23, Lucie Safarova dan gandingan beregu terhebat negara itu, Andrea Hlavackova dan Lucie Hradecka, masing-masing menduduki ranking kelapan dan 10 WTA.


Lucie berjaya layak ke final di Charleston, minggu lalu, manakala Andrea dan Lucie pula memenangi dua kejohanan WTA tahun ini selepas menang di Roland Garros tahun lalu.

Petra yang diketepikan kerana kecederaan dua bulan lalu sememangnya tidak sabar untuk beraksi di Ostrava dan mula merindui tenis.


“Tidak seharusnya meramalkan siapa yang bakal menang. Yang penting adalah siapa yang akan beraksi dan siapa yang menang tiga mata akan layak ke final,” katanya.


Republik Czech menewaskan Russia 3-2 di Moscow November lalu untuk merangkul trofi pertamanya pada Piala Fed sejak negara itu berpisah dengan Slovakia pada 1993. - AFP

No comments: