PEMAIN golf nombor satu dunia, Rory McIlroy berhasrat memperbaiki pencapaian peribadinya dalam Kejohanan Pemain-pemain yang akan berlangsung di Sawgrass, hari ini.
Pemain berusia 23 tahun itu gagal melepasi had kelayakan dalam dua penyertaan terdahulu di lapangan itu.
McIlroy dan Lee Westwood memilih untuk tidak menyertai kejohanan itu tahun lalu tetapi kedua-duanya kembali untuk edisi tahun ini.
“Ia bukan satu daripada detik gemilang saya,” akui McIlroy. “Saya gembira dapat kembali. Ia kejohanan yang amat besar dan yang ingin saya menangi satu hari nanti.”
McIlroy memulakan gelaran nombor satu dunia buat kali ketiga selepas tewas dalam play-off di Kejohanan Wells Fargo minggu lalu di Carolina Utara, apabila pemain Amerika Syarikat, Rickie Fowler menjuarai Jelajah PGA buat kali pertama.
Pemain Ireland Utara itu hanya merekodkan dua keputusan di luar lima tangga teratas dalam 15 penyertaan sejak Ogos lalu.
Dia pernah berkata mengenai Sawgrass: “Saya tidak sukakan lapangan golf itu.
Saya rasa agak kekok dari pukulan tee. Pukulan anda sentiasa melepasi fairway.
“Ia satu pandangan peribadi. Ada yang sukakan Sawgrass dan ada yang tidak menyukainya langsung.”
Juara Terbuka AS yang sudah menukar syarikat pengurusan dari ISM kepada Horizon yang berpangkalan di Dublin, menggantikan kayu 'five wood' dengan 'two iron' bagi membolehkannya menguasai Players Stadium Course menerusi kejohanan paling mewah dalam golf.
“Saya akan membuat banyak pukulan dari tee untuk terus berada dalam permainan.
Saya tidak kisah mengorbankan jarak pukulan selagi anda memukul dari fairway.
Membuat pukulan dengan 'three wood' untuk beberapa lubang mungkin akan membuat ia pergi lebih jauh. Saya tidak kisah membuat pukulan ke green dengan kayu 'seven iron' berbanding 'nine iron'.”
Ditanya mengenai kebangkitan Fowler yang juga berusia 23 tahun, McIlroy berkata ia satu pencapaian hebat dalam dunia golf.
“Seronok mempunyai pemain dengan karakter seperti itu yang turut bermain dengan baik dan dia mempunyai hubungan yang baik dengan peminat dan sungguh popular di luar sana.
“Kami mengenali antara satu sama lain sejak bermain di peringkat amatur.
Hubungan kami begitu baik ketika Piala Walker pada 2007.
“Saya menganggap dia pemain terbaik dalam pasukan ketika itu dan juga seorang yang baik.”-Metro
No comments:
Post a Comment