LEDAK...Jesus Maria Pereda membuka jaringan Sepanyol ke atas USSR pada final 1964.
EMPAT tahun selepas keengganan mereka beraksi di USSR berikutan masalah politik, Sepanyol mengalu-alukan kehadiran juara bertahan dan kemudiannya menewaskan mereka di perlawanan akhir.
Sebanyak 29 negara menyertai kejohanan itu termasuk England yang tersingkir awal menerusi penampilan pertama Alf Ramsey dalam perlawanan kompetitif pertamanya apabila tewas 3-6 menerusi agregat kepada Perancis dalam pusingan pertama.WIRA...Viktor Ponedelnik (dua dari kanan) membantu USSR menewaskan Hungary 3-0 pada separuh akhir.
GEMILANG...Pasukan Sepanyol meraikan kemenangan ke atas USSR 2-1 pada final 1964.
Di bawah kendalian jurulatih Jose Villalonga, Sepanyol memanfaatkan pemain daerah termasuk bintang Valencia, Vicente Guillot yang menjaringkan hatrik dalam kemenangan pusingan pertama terhadap Romania.
Sepanyol kemudiannya seri 1-1 dengan Ireland Utara di Bilbao sebelum menang 1-0 di Belfast menerusi gol jaringan Francisco Gento.
Mereka kemudiannya berdepan Republik Ireland dan menewaskan mereka 7-1 secara agregat untuk membuka laluan ke separuh akhir di laman sendiri.
Pasukan yang terkandas awal termasuk Czechoslovakia yang dikecewakan Jerman Timur dan Belanda yang tewas kepada Luxembourg. Itali pula tewas di tangan USSR pada pusingan kedua.
Pada pusingan suku akhir, Perancis tewas kepada Hungary menampilkan kehebatan wira mereka, Florian Albert manakala Soviet Union menewaskan Sweden dan Denmark berjaya menyingkirkan Luxembourg.
Selepas pertelagahan politik empat tahun sebelumnya, Sepanyol memberi jaminan kepada Uefa bahawa masalah tidak timbul tahun itu dan USSR beraksi di perlawanan separuh akhir di Barcelona apabila menewaskan Denmark dengan mudah.
Sepanyol memerlukan masa tambahan untuk menewaskan Hungary dalam satu lagi perlawanan separuh akhir di mana bintang Real Madrid yang baru, Amanico menjaringkan gol kemenangan pada lewat perlawanan.
Penggerak utama Sepanyol adalah pemain tengah, Luis Suarez yang ketika itu baru saja menjuarai Piala Eropah bersama kelabnya Inter Milan.
Dia dianggap pemain terbaik Eropah pada waktu itu dan menjadi inspirasi untuk berdepan Soviet di final sebelum Marcelino menjaringkan gol kemenangan pada separuh masa kedua.
No comments:
Post a Comment